Terma & Syarat

  1. SUKA RELA - Anda telah membeli produk ini atau menyertai program ini atas kehendak diri sendiri tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.
  2. TANPA PULANGAN WANG - Setiap pembayaran yang telah dibuat di atas talian tidak akan dipulang wang ringgit kecuali atas beberapa sebab tertentu yang munasabah.
  3. ATAS RISIKO SENDIRI - Anda menanggung risiko 100% sekiranya mengambil produk ini melebihi dos yang telah ditetapkan untuk sehari atau menyalahi panduan cara makan yang telah ditentukan. Anda juga faham tahap kesihatan anda sendiri, atau telah mendapatkan nasihat doktor sebelum  mengambil produk ini.
  4. KEBERKESANAN PRODUK - Anda faham bahawa keberkesanan produk seperti yang dinyatakan dalam laman web ini atau daripada sumber media daripada laman web ini bukanlah 100% berkesan atau seperti yang dinyatakan. 
  5. ATAS USAHA SENDIRI - Anda faham bahawa keuntungan yang diperolehi adalah atas usaha promosi sendiri dan pengiraan keuntungan yang dibuat dalam laman web ini atau mana-mana bahan media daripada web ini hanyalah contoh pengiraan sahaja.
  6. PENDAFTARAN - Anda tidak mendaftarkan pihak ketiga tanpa persetujuan mereka. Atau secara ugutan, paksaan atau dengan apa cara bentuk penipuan.
  7. SATU AKAUN SAHAJA - Anda hanya dibenarkan untuk mendaftar satu akaun sahaja. Sekiranya pihak pengurusan mendapati anda mempunyai lebih daripada satu akaun yang aktif, akaun yang didaftarkan kemudian akan dibatalkan dan segala aktiviti serta profit yang diperolehi adalah tidak sah dan permohonan pengeluaran eWallet tidak akan dilayan.
  8. PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI - Maklumat peribadi anda dalam laman web ini tidak akan dikongsikan kepada pihak ketiga dalam apa bentuk dan cara sekali pun. Kecuali terdapat pencerobohan data akibat daripada kelemahan pihak hosting laman web ini yang tidak dapat dikawal oleh pihak pengurusan. 
  9. REPUTASI - Anda akan sentiasa menjaga reputasi pihak syarikat, produk Up Man Coffee, laman web UpManCoffee.com, pihak pengurusan dan ahli yang lain.
  10. LAPORAN - Anda akan melaporkan kepada pihak pengurusan sekiranya terdapat ahli yang lain telah melakukan sesuatu yang boleh mencalarkan reputasi yang dinyatakan dalam poin yang ketujuh.
  11. HAK PENGURUSAN - Pihak pengurusan mempunyai hak untuk mengubah suai, menaik tarafkan atau menutup Program Dropship atau Program Affiliate pada bila-bila masa tanpa notis pemberitahuan awal.
  12. PENGUBAH SUAIAN TERMA & SYARAT - Pihak pengurusan mempunyai hak mengubah suai Terma dan Syarat yang tertera disini tanpa notis pemberitahuan awal.
  13. KEPENTINGAN AHLI LAIN - Keputusan pihak syarikat adalah sentiasa untuk mendahulukan kepentingan bersama ahli-ahli yang lain.
  14. PEMBATALAN AKAUN - Pihak pengurusan akan membatalkan  akaun yang didapati menyalahi mana-mana bahagian terma dan syarat yang telah dinyatakan disini tanpa sebarang notis pemberitahuan awal. Akaun yang telah dibatalkan tidak layak untuk menuntut mana-mana kelebihan yang telah diberikan sebelum, pada atau selepas pembatalan akaun.

Harga Promosi, Buat Pesanan Segera

UP kan Diri Anda,
UP kan Poket Anda

Kongsikan Kepada Rakan-rakan Anda!

Diedarkan oleh

JVI Ventures
Bukit Antarabangsa,
Kuala Lumpur, Malaysia.

Hubungi Kami

Email 
Whatsapp